Senarai Bank Utama Di Malaysia

Sebut sahaja bank pastinya kita semua membayangkan yang disitulah tempatnya di mana duit disimpan. Di bank tempat kita menyimpan duit dan mengeluarkan duit. Mesin ATM adalah tempat yang akan dikunjungi setiap bulan terutama kepada mereka yang bergaji tetap. Tetapi tahukah anda Senarai Bank Utama Di Malaysia? Jika anda ingin tahu nah saya kongsikan untuk anda semua.

Tahukah anda terdapat 8 bank utama yang terdapat di Malaysia. Jadi mari kita lihat 8 bank utama tersebut. Saya pasti anda ada berurusan dengan salah satu bank yang terdapat dalam senarai di bawah ini.

  1. Affin Bank Berhad
  2. Alliance Bank
  3. AmBank Berhad
  4. CIMB Bank Berhad
  5. Hong Leong Bank Berhad
  6. Malayan Banking Berhad (Maybank)
  7. Public Bank Berhad
  8. RHB Bank Berhad

Senarai bank tersebut adalah mengikut susunan abjad sahaja dan bukannya ranking apa-apa. Mungkin ada yang tertanya rasanya ada banyak lagi bank lain di negara kita bukan? Ye la tak kan 8 je. Mana pegi Al-Rahji Bank, Kuwait Finance House dan sebagainya. Saya bagi tahu anda semua ya ini semua memang betul. Bank seperti yang dinyatakan memang ada di negara kita.

Tetapi ia bukanlah bank utama di negara kita kerana ia merupakan bank dalam kategori "Foriegn Owned Banks" iaitu bank dari luar negara yang membuka cawangan mereka di negara kita. Jadi ini adalah serba sedikit info berkaitan senarai bank utama di Malaysia. Mungkin saya akan sambung lagi di lain kali.

0 Response to " Senarai Bank Utama Di Malaysia"

Post a Comment