Pelajar Sekolah Maut Dipatuk Ular Di Kelantan


Semalam kita dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak 7 tahun iaitu Pelajar Sekolah Maut Dipatuk Ular di Kelantan. Selepas beberapa jam berita tersebut diterima timbul pula berita yang menyatakan bahawa kanak-kanak tersebut tidak pun meninggal dunia. Tetapi semuanya telah selesai dan pihak hospital juga telah mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia malam tadi.

Jenazah murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 1, Pengkalan Chepa di sini yang meninggal dunia dipercayai akibat dipatuk ular semalam, selamat dikebumikan hari ini.
Jenazah Nuriey Nadhirah Roslan, 7, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Che Latiff, Jalan Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan (PCB) dekat sini, pada pukul 9.45 pagi.

Turut hadir bapanya Roslan Ghazali, 33, ibunya Wan Nor Izatul Azwana Mohamed, 28, dan 100 anggota keluarga serta penduduk kampung. Terdahulu, jenazah anak sulung daripada dua beradik itu disembahyangkan kira-kira 50 anggota keluarga dan penduduk kampung di kediamannya di Taman Buaya, Pantai Cahaya Bulan.

Allahyarham Nuriey Nadhirah, dipatuk reptilia itu di betis kiri ketika bermain di kawasan taman di hadapan kelasnya pada waktu rehat, kira-kira pukul 10 pagi.Sementara itu, Wan Nor Izatul Azwana berkata beliau reda dengan pemergian anak sulungnya itu sambil meminta pengguna media sosial supaya menghentikan penyebaran gambar arwah anaknya yang boleh mengaibkan seluruh anggota keluarga.

Beliau juga terkilan dengan viral yang mendakwa anaknya itu hidup semula malam tadi, sehingga mengganggu beliau dan anggota keluarganya yang lain. – BERNAMA

0 Response to "Pelajar Sekolah Maut Dipatuk Ular Di Kelantan"

Post a Comment