Permohonan Rumah PR1MA


Sebelum ini admin ada berkongsi dengan semua pembaca berkaitan dengan Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M. Tetapi kali ini juga berkaitan dengan skim perumahan oleh pihak kerajaan untuk rakyat. Skim perumahan ini dikenali sebagai PR1MA atau PRIMA. Jadi di sini admin kongsikan kepada semua berkaitan Permohonan Rumah PR1MA

Banyak perkara dan informasi tentang PR1MA yang akan dapat melalui penulisan admin ini. Ia merangkumi apa itu PR1MA, kelayakan pemohon PR1MA, cara-cara bagaiman permohonan rumah PR1MA dan lain-lain informasi berkaitan projek perumahan PR1MA ini.

Pengenalan.
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.

Kelayakan pemohon.
1. Warganegara Malaysia
2. Bujang atau berkahwin berumur 21 tahun ke atas
3. Pendapatan isi rumah individu, suami isteri antara RM2,500.00-RM10,000.00
4. Tidak memiliki lebih dari satu hartanah

Cara Permohonan.
Permohonan perumahan PR1MA boleh dibuat melalui dalam talian atau online. Jadi kepada semua yang berminat anda hanya perlu terus ke website ini : Permohonan Rumah PR1MA dan ikuti langkah-langkah mudah permohonan. Semoga berjaya diucapkan kepada semua.

0 Response to "Permohonan Rumah PR1MA"

Post a Comment