Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M

Berikut adalah informasi penting berkaitan Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M oleh pihak kerajaan Malaysia melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Jadi ia dilihat satu kaedah bagi membolehkan rakyat yang kurang untuk membeli rumah mempunyai rumah sendiri.

Bagi memenuhi Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M kita lihat dulu beberapa ciri atau jenis rumah yang ditawarkan. Anda boleh lihat sendiri melalui info grafik di bawah ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M ini.

Menarik bukan? Apa yang ditawarkan. Jadi kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon adalah digalakkan. tetapi anda perlu lihat juga kelayakan untuk Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M ini. Jom kita semak kelayakan untuk membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 65 tahun*.
  • Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  • Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.
* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi Kawasan Pulau
* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan Kawasan Pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu)

Cara-Cara Permohonan adalah seperti infografik di bawah :

Maklumat lanjut anda boleh terus melayari laman sesawang SPNB.



1 Response to "Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M"

  1. Berita gembira bagi mereka yang mempunyai tanah sendiri tapi masih belum ada modal, atau tak cukup duit, untuk memulakan pembinaan rumah. Jom baca disini untuk maklumat lanjut :
    Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat 2020 Online

    ReplyDelete