Senarai Kabinet Baru Malaysia Jun 2016


Baru sahaja selesai 2 pilihanraya kecil atau lebih dikenali dengan nama PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar semalam YAB Perdana Menteri telah mengumumkan satu rombakan kabinet. Senarai Kabinet Baru Malaysia Jun 2016 dan PM Rombak Kabinet Jun 2016 dan melibatkan beberapa kementerian. Jom ikuti berita penuh di bawah ini yang dipetik dari SK.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi telah mengumumkan Datuk Seri Noh Omar dilantik Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Beliau dilantik bagi menggantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi.

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula tidak dilantik semula sebagai Menteri Kewangan Kedua berikutan keputusan beliau yang memilih untuk bersara di mana tempatnya diganti oleh Datuk- Johari Ghani.

Senaraikan yang terlibat dengan rombakan tersebut adalah :-

Menteri

Johari Abdul Ghani - Menteri Kewangan II

Abdul Rahman Dahlan - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi) menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Noh Omar - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan  menggantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Mah Siew Keong - Menteri Perladangan dan Komoditi menggantikan Datuk Douglas Unggah Embas.

Timbalan Menteri

Datuk Othman Aziz - Timbalan Menteri Kewangan

Datuk Leong Lee Chee - Timbalan Menteri Kewangan

Datuk Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (tukar portfolio)

Datuk Seri SK Devamany Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini

Henry Sum Agong - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Datuk Nasrun Mansur - Timbalan menteri perusahaan, perladangan dan komoditi  Menggantikan arwah Datuk Noriah Kasnon yang meninggal dunia ekoran tragedi helikopter awal bulan lepas

0 Response to "Senarai Kabinet Baru Malaysia Jun 2016"

Post a Comment