Harga Minyak AS AS$34.68 setong


Harga Minyak AS AS$34.68 setong  pada Mac 2016. Dagangan hadapan minyak mentah AS naik dalam dagangan di Asia awal pagi ini dikejutkan dengan keyakinan harga terendahnya mungkin akan berakhir selepas data yang menunjukkan pengeluaran minyak AS mencecah paras terendahnya sejak November 2014. Dagangan hadapan minyak AS naik 11 sen kepada AS$34.68 setong pada 0019 GMT, selepas berakhir sembilan sen dalam sesi sebelumnya. 

Harga minyak stabil dengan penurunan pengeluaran AS memberikan sedikit sokongan mekanikal kepada pasaran, kata ANZ dalam notanya pagi ini. Walaupun Inventori minyak AS naik mencecah paras terbaharu kepada 517.98 juta tong minggu lalu, pengeluarannya jatuh enam minggu kepada 9.08 juta tong sehari berdasarkan data daripada Jabatan Tenaga, Pengurusan Maklumat Tenaga. 

Lanjutan pengurangan pengeluaran dijangka akan berlaku dalam bulan tertentu. "Pasaran kredit yang semakin ketat menyukarkan pengeluar shale AS untuk menstruktur kembali hutang akan datangnya dan kita mungkin akan menyaksikan penurunan dalam pengeluaran minyak AS dalam 2016 dan 2017," kata ANZ. - Reuters


0 Response to "Harga Minyak AS AS$34.68 setong "

Post a Comment