PDRM Cadang Naik Kompuan Trafik




Berita baik untuk semua bakal pesalah trafik di negara kita. Beberapa hari ini ada terbaca di akhbar tempatan berkenaan dengan PDRM Cadang Naik Kompuan Trafik. kenyataan ini dibuat sendiri oleh Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Khalid Abu Bakar. Jom kita baca sendiri berita yang admin petik dari BH Online untuk rujukan anda semua.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang menaikkan kadar kompaun kesalahan lalu lintas berikutan jumlah kemalangan jalan raya yang mencatatkan peningkatan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata cadangan itu dilakukan susulan sikap pengguna jalan raya yang seolah-olah tidak peduli dengan kadar kompaun sedia ada. 

Katanya, walaupun Op Selamat 8 sudah memasuki hari yang ke-10, namun tiada sebarang perubahan dalam statistik kadar kemalangan. "Pelbagai operasi dilakukan untuk menangani kadar kemalangan namun, ia tidak menunjukkan sebarang kesan. 

"Kita akan cadangkan perkara ini kepada pihak kerajaan untuk menaikkan kadar kompaun bagi membolehkan ia dilaksanakan dalam tempoh terdekat," katanya selepas Majlis Serah Terima Kereta Perodua Axia di Lobi Menara 1 Bukit Aman, hari ini.

Admin berpendapat rakyat Malaysia ini mempunyai sikap yang berbeza-beza. Terutama apabila berada di jalan raya. Tidak kira apa pun yang pihak berkuasa cuba lakukan tetapi jika sikap mereka yang negatif di jalan raya tidak dapat diubah segala perkara yang cuab ditambah baik tidak juga dapat merealisasikan impian KPN ini. Mereka akan tetap langgar peraturan juga.



0 Response to "PDRM Cadang Naik Kompuan Trafik"

Post a Comment