Ola Bola Kutip 13 Juta


Tahniah kepada filem Ola Bola kerana sehingga ke hari ini lebih kurang 13 hari tayangan di 126 buah pawagam di seluruh negara filem ini telah berjaya mengutip RM13 juta. Sememangnya sebuah filem yang berkualiti tinggi di mana filem ini berlatarbelakangkan tahun 80 an. Semangat kenegaraan dalam filem ini begitu kuat sekali sehinggakan sesiapa yang menonton filem ini akan merasa dan mengerti apa itu semangat perpaduan dan apa itu semangat patriotik. Ini kisah Ola Bola Kutip 13 Juta.

OlaBola adalah karya arahan Chiu Keng Guan yang sebelum ini turut mengarahkan filem box-office The Journey.Ia menampilkan barisan pelakon seperti Bront Palarae, JC Chee, Muhd Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng Shin Wang dan Lim Jian Wen yang masing-masing mempunyai bakat lakonan yang baik serta  “menghidupkan” lagi watak mereka didalam filem tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial yang sudah menonton filem OlaBola juga memberikan komen positif tentang filem ini dan sekaligus menarik minat mereka yang belum sempat untuk menontonnya di pawagam.Berlatarkan penghujung era 1970-an, filem Ola Bola berdurasi 1 jam 51 minit ini diterbitkan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Woohoo Picture. 

Ia diilhamkan daripada kisah benar dan menceritakan mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekali gus muncul wira negara. Satu pencapaian yang agak membanggakan buat filem berunsurkan kesukanan yang jarang sekali dihasilkan untuk ke layar perak.

0 Response to "Ola Bola Kutip 13 Juta "

Post a Comment