Amin Beyond Mati Ditembak


Rata-rata netizen di negara kita tidak kenal dengan nama Amin Beyond. Siapakah sebenarnya Amin Beyond ini. Tetapi jika disebut beliau adalah lelaki yang mengamuk di pejabat JPJ di Penang satu ketika dahulu yang pernah viral di laman-laman sosial. Baru anda kenal bukan?. Terkejut admin dengan berita pagi ini bahawa Amin Beyond Mati Ditembak. Al-Fatihah untuk arwah dan Takziah untuk keluarga arwah.

Kronologi berita Amin Beyond Mati Ditembak adalah seperti berikut. Seorang tauke restoran nasi kandar maut ditembak dari jarak dekat di Jalan Datuk Keramat, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi itu, Syed Amin Zainul Abidin, 46, yang memandu kereta Mercedes Benz dipercayai berhenti di depan sebuah kedai motosikal sebelum dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad, berkata seorang daripada suspek melepaskan tujuh das tembakan ke arah mangsa yang berada di tempat duduk pemandu. Beliau berkata, empat das tembakan mengenai badan peniaga berkenaan dan satu das lagi mengenai bahagian kepala, menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi. 

Suspek juga, katanya, turut melepaskan satu das tembakan ke arah dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), yang sedang bertugas mengawal premis perniagaan berdekatan, namun tersasar. "Siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih dilakukan bagi mengenal pasti motif serangan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi.

0 Response to "Amin Beyond Mati Ditembak"

Post a Comment